Pengenalan - bina website dari sifar (bhg 1)
Panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang membina laman web sendiri daripada 'tidak tahu langsung' kepada akhirnya siap sebuah website yang diingini. Penulis berharap pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang ingin belajar mengenai pembinaan website. Panduan ini khusus ditulis di dalam bahasa Malaysia kerana pada pandangan penulis, panduan seumpama ini(dalam bahasa Malaysia) amatlah jarang ditemui. Dan untuk makluman, sudah diletak panduan membina website dalam bahasa english di bahagian 'FREE ebooks'. Penulis juga tidak mempunyai latar belakang IT, oleh itu segala cadangan dan pandangan daripada pakar-pakar diluar sana amatlah dihargai.
Baiklah, perkara PERTAMA yang perlu anda sedar adalah TUJUAN anda memiliki website?
Jika anda hanya mahu 'suka-suka' dan belum masa lagi bagi anda untuk mengeluarkan sedikit modal, maka saya cadangkan anda boleh mulakan dengan membina blog menggunakan 'Blogger' atau 'Wordpress'. Saya juga bermula dengan blogger dan sambil belajar pelbagai ilmu dalam internet yang serba luas ini. Ringkasnya, jika anda sanggup untuk mengeluarkan sedikit modal dan masa, bolehlah anda memiliki website sendiri kerana perkara pertama sebelum anda boleh membina website, anda perlu mempunyai nama domain dan hosting untuk website.
Mengenai Domain dan Hosting
Bagi yang sememangnya baru dalam dunia website/blog dan sebagainya ini mungkin sedikit keliru dengan istilah 'domain' dan 'hosting' ini. Saya juga begitu di awal penglibatan. Baiklah, 'domain' adalah alamat website anda seperti www.zafreenapublication.com. Anda boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat yang menawarkan pendaftaran nama domain ini dengan apa-apa sahaja nama yang anda mahu dengan syarat ia tidak lagi dimiliki oleh sesiapa. Mengenai sambungan dibahagian belakang .com .com.my .net .us dan sebagainya, ia juga bergantung pada pilihan anda dan pilihan yang ada pada syarikat untuk pendaftaran domain. Untuk memudahkan kefahaman anda nanti, saya andaikan satu nama domain anda yang baru sahaja didaftar iaitu; www.andasuka.com. Ohya, sebenarnya tiada harga tetap dalam pendaftaran domain ini, tetapi, kebiasaanya sekitar RM 30-RM 50. Ada juga syarikat yang menawarkan pendaftaran domain percuma jika kita membeli perkhidmatan hosting dengan mereka.
Mengenai Hosting pula, ia boleh diibaratkan sebagai tapak (server) untuk meletak website anda nanti supaya boleh dikunjungi pelawat-pelawat dari serata dunia. Mengapa pula perlu 'tapak' ini? tidak bolehkah ia dilawati daripada komputer anda sahaja? Hehe, satu ketika dahulu, inilah soalan yang saya pernah tertanya-tanya. Ringkasnya, bukan semua komputer boleh dijadikan 'tapak' kerana atas fakta 'kecanggihan' atau 'power' sesuatu komputer itu. Untuk kefahaman lagi, hanya komputer-komputer yang canggih ini mampu memikul tugas berat sebagai tapak yang dilawati beribu orang dari pelbagai tempat serata dunia. (nak faham lagi, boleh pergi library)
Balik kepada bagaimana mendapatkan hosting, sama juga seperti anda mendapatkan nama domain tadi. Anda perlu mendapatkan syarikat yang menawarkan perkhidmatan Hosting kepada anda. Bagaimana memilih syarikat Hosting? Semua pilihan adalah bergantung kepada anda, buatlah sedikit research atau bertanya kepada ahli-ahli di forum berkaitan juga bagus untuk anda lebih mengenali bakal syarikat hostinga anda. Pada pandangan saya, PERKHIDMATAN atau BANTUAN TEKNIKAL yang bakal diberikan AMAT PENTING berbanding harga hosting kerana saya boleh merujuk kepada mereka apabila saya mempunyai masalah dengan website saya.
saya mengakhiri panduan bhg 1 ini disini, insyAllah, saya akan sambung Bhg 2 dimasa akan datang.
Sesiapa sahaja boleh 'copy' and 'paste' artikel ini ke blog/website masing-masing dengan syarat meletakkan link website ini di bahagian penamat artikel.Sekian. Terima Kasih. Segala kerjasama saya ucapkan ribuan terima kasih.







